Monday, June 6, 2016

Syair yang membuatkan Imam Ahmad Menangis:-(


إذا ما قال لي ربي اما استحييت تعصيني

Apabila saat tuhanku berkata padaku:Tidakkah engkau malu melakukan maksiat kepadaKu?

وتخفي الذنبَ عن الخلقي وبالعصيان تأتيني
Engkau menyembunyikan dosa daripada makhlukku sedang dengan dosa engkau datang berjumpa denganKu?

فكيف أجيب  يا ويحي ومن ذا سوف يحميني 
Maka bagaimanalah aku boleh jawab dan siapalah boleh pertahankanku?

أسلي النفس بالأمال من حين الى حين
Aku sentiasa mendamaikan perasaanku dengan harapan dari detik ke detik

وأنسى ما وراء الموت ماذا بعد تكفيني
Sedang aku lupa apa yang berlaku selepas kematian apalah yang cukup untukku

كأني قد ضمنت العيش ليس الموت يأتيني 
Seolah-olahnya aku dapat menjamin akan terus hidup dan kematian tidak akan datang

وجاءت سكر الموت الشديدة من سيحميني
  Jika tibalah saat sakit kematian siapalah yang boleh menahan dariku?

نظرت الى الوجوه اليس منهم من سيفديني 
Aku hanya mampu melihat wajah-wajah didepanku adakah seseorang daripada mereka boleh menebusku?

سأسأل ما الذي قدمت في دنياي ينجيني
Aku bakal ditanya apalah yang telah aku persembahkan diduniaku dahulu yang boleh menyelamatkan daku?

فكيف إجابتي من بعد ما فرطت في ديني
Bagaimana jawapanku setelah mana aku mengabaikan urusan agamaku?

ويا ويحي الم اسمع كلام الله يدعوني 
Hai kesalnya apakah aku tidak pernah mendengar Kalam Allah yang menyeruku?

الم اسمع لما قد جاء في ق ويس
Apakah aku tidak pernah mendengar kandungan surah Qaf dan surah Yaasin?

الم أسمع بيوم الحشر يوم الجمع والديني 
Apakah aku tidak pernah mendengar tentang hari perhimpunan,perkumpulan dan pembalasan?

الم اسمع منادي الموت يدعوني يناديني
Tidakkah aku mendengar penyeru kematian yang mengajakku dan memanggilku?

فيا رباه عبد تائب من ذا سيؤويني 
Wahai tuhanku inilah seorang hamba yang kembali siapalah yangbsanggup menerimanya?

سوى رب غفور واسع للحق يهديني
Kecuali tuhan yang Maha Pengampun,Maha Kaya,Sentiasa memberi petunjuk kepadaku

اتيت اليك فارحمني وثقلّ في  موازيني 
Aku mendatangiMu maka kasihanilah daku dan beratkanlah neraca timbanganku

وخفف في جزائي انت ارجى من يجازيني
Ringankanlah pembalasanku kerana Engkaulah sahaja yang paling diharap kebaikannya apabila melakukan pembalasan.

oleh:Nusaibah binti Muhammad Saifuddin









No comments:

Post a Comment