Monday, June 27, 2016

APA ITU PUASA



Ditanyakan kepada seorang A'rabi:
Bagaimana kamu mampu berpuasa dalam kepanasan hari ini?
Dia menjawab:Aku berpuasa untuk hari yang lebih panas daripada itu(takutkan neraka yang kepanasannya tidak mampu dibayangkan).

OLEH:NUSAIBAH MUHAMMAD SAIFUDDIN

Saturday, June 25, 2016

SURAH AL QADR(SEMPENA MALAM LAILATUL QADR)

انّاَ أنزلنه في ليلة القدر
وما أدرك ما ليلة القدر
ليلة القدر خير من ألف شهر
تنزل الملائكة والروح فيها بإذن ربهم من كل أمر
سلام هي حتى مطلع الفجر

Sesungguhnya kami telah menurunkannya(al-Quran) pada malam kemuliaan,
Dan tahukah kamu apakah itu malam kemuliaan?
Malam kemuliaan itu lebih baik daripada 1000 bulan.
Pada malam itu,turun malaikat-malaikat dan Jibril dengan izin tuhannya untuk mengatur segala urusan..
Malam itu penuh dengan kesejahteraan sehinggalah terbit fajar.

oleh:Nusaibah Muhammad Saifuddin

Friday, June 24, 2016

MENGENAL MAKSUD SURAH AL FATIHAH



الحمد لله رب العالمين
الرحمن الرحيم
ملك يوم الدين
إياك نعبد واياك نستعين
 إهدنا الصرط المستقيم
صرط الذين أنعمت عليهم غير المغضوب عليهم ولا الضآلين
Segala puji bagi Allah tuhan seluruh alam
Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Hanya kepada Engkaulah kami sembah
Dan hanya kepada Engkaulah kami meminta pertolongan
Tunjukkanlah kami jalan yang lurus
Jalan yang Engkau bagi nikmat kepada mereka yang bukan Engkau murka dan bukan juga mereka yang sesat.

oleh:Nusaibah Muhammad Saifuddin

Thursday, June 23, 2016

ANDAINYA RASULULLAH ADA BERSAMA KAMI(لو كان بيننا)






يا ربّ قد غفلنا 
وكلنا طمع في عفو وفي كرم
وفي أعتاق وجنة مع سيد البشر 
ندعوك....ندعوك ربّ من الأعماق

Wahai tuhanku,kami telah lalai lupa
Namun setiap orang daripada kami tetap tamakkan
keampunanMu,sifat pemurahMu 
Dan kebebasan api nerakaMu
Dan juga syurga bersama penghulu segala manusia
Kami mohon...Kami mohon padaMu
Wahai tuhanku dari sudut yang paling dalam...

لو كان بيننا الحبيب
 لدنا القاصي والقريب 
من طيبة
 قبل المغيب طالبا قرب الحبيب
Andainya rasulullah masih berada bersama-sama kami
Akan terlunaslah segala hutang dan semakin hampirlah dengan haruman baginda 
sebelum hilangnya rasa yang meronta-ronta untuk berada hampir dengan kekasihMu.

بقربه النفس تطيب وتدعوا الله فيجيب
أنوار طه لا تغيب بلغنا لقاه يا مجيب
Berada berhampirannya,jiwa turut menjadi harum
Dan apa jua yang kalian doakan kepada Allah akan diperkenankan.
Cahaya Nabi Muhammad tidak akan pernah hilang.
Sempatkanlah kami bertemu dengan baginda Wahai tuhan yang Maha Memperkenankan doa..

هداك الكون الرحيب رحمة الهادي القريب
حديثك النهر العذيب جوارك الغصن الرطيب
Hidayahmu kepada alam semesta luas, tanda hampirnya kasih sayang tuhan Maha Pemberi Hidayah.Hadis-hadismu ibarat sungai mengalir jernih.Berada disisimu bagaikan dahan yang tumbuh segar dan basah.

فدتك روحي يا حبيب محمد مكرم الغريب
بقربك الروح تطيب
يا رحمة للعالمين
Ku tebus diriku dengan dirimu wahai kekasihku,Muhammad yang mulia lagi asing.
Berada berhampiran dengan jiwamu menjadi harum...
Wahai rahmat seluruh alam...


يا حبيب يا محمد 
يا طبيب يا ممجد 
أنت ذو الفضل المؤيد
جل من صلى عليك

Wahai kekasihku,wahai Muhammad 
Wahai pengubat hatiku wahai yang terpuji
Dirimu memiliki kelebihan yang diakui oleh tuhan
Yang turut berselawat ke atasmu.

OLEH:NUSAIBAH BINTI MUHAMMAD SAIFUDDIN

Tuesday, June 21, 2016

BUDI PEKERTI

الشرف بالأدب لا بالنسب
Kemuliaan itu kerana budi pekerti bukan kerana keturunan.

oleh:Nusaibah Muhammad Saifuddin

Monday, June 20, 2016

SAKIT ITU PENGHAPUS DOSA

فإن مرض المسلم يذهب الله به خطاياه كما تذهب 
النار خبث الذهب والفضة

Sesungguhnya sakitnya seorang muslim menyebabkan Allah menghilangkan kesalahan-kesalahannya sebagaimana api menghilangkan karatan emas dan perak.(riwayat Abu Daud)

oleh Nusaibah Muhammad Saifuddin

Sunday, June 19, 2016

HOBI SAYA MEMBACA

لكل إنسان هواية،وهوايتي هي قراءة.أقرأ الكتاب 
Setiap orang mempunyai hobi,hobi saya ialah membaca.Saya membaca buku

كل اليوم وفي وقت الفراغ.أفضل أن أقرأ الكتب 
setiap hari dan pada masa lapang.Saya gemar membaca

الدينية والكتب العلمية والقصص الطويلة والمجلات 
buku-buku agama,buku-buku ilmiah,novel-novel,majalah-majalah

والقصص الشعبية.أقرأ الجريدة كل يوم لمعرفة أحداث
dan kisah-kisah rakyat.Setiap hari saya membaca akhbar untuk 
mengetahui berita

الساعة والأخبار المعاصرة.وأحيانا أستعير الكتب من مكتبة 
terkini dan berita semasa.Kadang-kadang saya meminjam buku-buku dari perpustakaan

مدرستي،تزداد علومي وثقافتي بالقراءة من حين الى حين.إن 
sekolah saya.Dengan pembacaan,ilmu dan pengetahuan semakin bertambah dari semasa ke semasa.Sesungguhnya 

''القراءة مفيدة ونافعة لنا كما قول الحكمة "القراءة مفتاح العلم
membaca itu bermanfaat kepada kita sebagaimana kata hikmah"membaca kunci ilmu".

oleh:Nusaibah binti Muhammad Saifuddin

Friday, June 17, 2016

CITA-CITA(أمنيتي)

اسمي محمد سيف البحر.انا طالب في المدرسة الثانوية الدينية
Nama saya Muhammad Saiful Bahri.Saya seorang pelajar di Sekolah Menengah Agama 

العالية السلطان زين العابدين،كوالا ترنجانو.أتمنى أن اكون
Atas Sultan Zainal Abidin,Kuala Terengganu.Saya bercita-cita untuk menjadi

طبيبا في المستقبل.وأريد أن اكون طبيبا لأنني أريد أن أعالج المرضى والمصابين وأستطيع أن 
seorang doktor satu masa nanti.Saya ingin menjadi doktor kerana saya mahu merawat pesakit dan mereka yang tercedera dan saya dapat 

أساعد المحتاجين في معالجتهم.هذا عمل كريم وشريف في 
menolong orang-orang yang memerlukan untuk merawat mereka.Ini adalah satu pekerjaan yang mulia dalam

الإسلام.والطبيب يبذل جهوده ليلا ونهارا لسلامة الناس.ولذلك
Islam.Doktor mengorbankan usaha-usahanya siang dan malam untuk keselamatan orang ramai.Oleh itu,

يجب علي أن أدرس بجد واجتهاد لنيل أملي كالطبيب في المستقبل
menjadi kewajipan saya untuk belajar dengan tekun dan bersungguh-sungguh untuk mencapai cita-cita saya sebagai seorang pada masa akan datang.

oleh:Nusaibah Muhammad Saifuddin

Thursday, June 16, 2016

KEBERSIHAN(النظافة)

يهتم الإسلام بالنظافة
Islam mengambil berat dengan kebersihan

فالمسلم يتوضأللصلاة
Orang Islam berwudhu' untuk solat

ويغسل يديه قبل الطعام وبعده
Dan membasuh dua tangannya sebelum makan dan selepasnya

ويجب أن يكون المسلم دائما نظيفا في بدنه وثوبه
Dan orang Islam hendaklah sentiasa bersih pada badannya dan bajunya

وإضافة الى نظافة الفرد 
Di samping kebersihan individu

يجب أن نحافظ أيضا على نظافة الأماكن كالبيوت والحدائق والطرق
Kita juga hendaklah menjaga kebersihan tempat seperti rumah,taman dan jalan

فلا نرمي المهملات من علبة فارغة وكيس مأكولات الا في سلة المهملات
Kita tidak membuang sampah seperti tin kosong dan bungkusan makanan melainkan ke dalam tong sampah

لأن نظافة البلد دليل على نظافة أهله
Kerana kebersihan negara melambangkan kebersihan rakyatnya.



oleh Nusaibah Muhammad Saifuddin

Wednesday, June 15, 2016

JOM BERNASYID(YA HANNAN YA MANNAN)



يا حنان يا منان يا قديم الإحسان
بحر جودك مليان جد لنا بالغفران
جد لهاذا الإنسان عبد سوء خزيان
من ذنوبه وحلان خائف إنك غضبان
ربنا نستعفيك ربنا نسترضيك
ولنا ظن فيك يا رجا اهل الإيمان

Wahai Tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Pemberi nikmat Wahai Tuhan yang Qadim dalam memberikan kebaikan

Lautan kemurahanMu penuh ampunilah kami

Bermurahlah hati kepada manusia,hamba jahat yang hina ini

Yang berlumuran dosa takut bila Engkau marahi

Wahai Tuhan kami,kami minta ampun kepadaMu 

Wahai Tuhan kami kami minta redha daripadaMu

Kami berprasangka baik kepadaMu wahai Tuhan harapan orang beriman.

oleh Nusaibah Muhammad Saifuddin 

Monday, June 13, 2016

HOBI(الهواية)

شاكر:ما هوايتك يا شريف؟

شريف:هواياتي كثيرة.القراءة و السفر والمراسلة.وما هوايتك؟

شاكر:هواياتي:الرياضة والرحلات والقراءة أيضا.ما ذا تقرأ يا شريف؟

شريف:أقرأ الكتب و المجلات الإسلامية.وماذا تقرأ؟

شاكر:أقرأ الكتب الإسلامية والمجلات العلمية.هل لديك المكتبة؟

شريف:نعم،لدي مكتبة كبيرة

شاكر:كم ساعة تقرأ في اليوم؟

شريف:أقرأ ثلاث ساعات تقريبا



Syakir:Apa hobimu wahai Syarif?

Syarif:Hobiku banyak:Membaca,berjalan-jalan dan surat menyurat.Kalau kamu,apa hobimu?

Syakir:Hobiku:Bersukan,berkelah dan juga membaca.Apa saja kamu baca Syarif?

Syarif:Aku membaca buku-buku dan majalah yang penuh keislaman.Dan kamu baca apa?

Syakir:Aku membaca buku-buku yang penuh keislaman dan majalah Sains.Adakah kamu mempunyai perpustakaan?

Syarif:Ya,aku ada perpustakaan yang besar.

Syakir:Berapa jam kamu membaca dalam satu hari?

Syarif:Aku membaca kira-kira tiga jam.

oleh:Nusaibah Muhammad Saifuddin




Saturday, June 11, 2016

BERKELAH DI PANTAI BERSAMA KELUARGA:-)

في الأسبوع الماضي قد ذهبت الى شاطئ البحر"فنتاي ايراما" مع أسرتي للرحلة
ذهبنا بالسيارة في الساعة العاشرة صباحا.وحملنا معنا المأكولات والمشروبات والحلويات 
للغداء في شاطئ البحر.قد شاهدنا في شاطئ البحر المناظر الطبيعية الجميلة والجذّابة،رمله أبيض 
ونظيف وماءه أزرق والريح هانئ.سبحنا ولعبنا بسرور.قد رجعنا في الساعة الخامسة مساء ونشعر بالفرح والسرور والسعادة بهذه الرحلة

Pada minggu lepas,saya telah pergi berkelah bersama keluarga saya ke Pantai Irama untuk berkelah.Kami pergi dengan kereta pada pukul sepuluh pagi dan kami membawa makanan,minuman dan kuih-muih untuk makan tengahari di pantai.Kami melihat pemandangan semulajadi yang cantik dan menarik,pasirnya putih dan bersih,airnya biru dan udara yang nyaman.Kami berenang dan bermain dengan gembira.Kami pulang pada pukul lima petang dan dan kami berasa gembira,suka dan bahagia dengan perkelahan ini.

oleh:Nusaibah binti Muhammad Saifuddin

zikir penenang hati...(hasbi rabbi)


حسبي ربي جلّ الله
ما في قابي غير الله
نور محمد صلى الله
لا اله الا الله

Cukuplah Allah sebagai tuhan
Tiada lain dihatiku melainkan Allah
Cahaya Muhammad Pesuruh Allah
Tiada Tuhan melainkan Allah

oleh:Nusaibah Muhammad Saifuddin

Friday, June 10, 2016

MAKSUD TEMAN....

صديقك من أبكاك لا من أضحكك
Temanmu itu ialah orang yang membuatmu menangis mengingat Allah bukan orang yang membuatmu tertawa hingga melupakannya.
oleh:Nusaibah Muhammad Saifuddin

Thursday, June 9, 2016

TAMA




ما فاز من فاز إلا بالأدب وما سقط من سقط إلا بسوء الأدب>


Tidaklah sebenar-benar berjaya orang yang berjaya kecuali dia memiliki ADAB🍃
🍂dan tidaklah sebenarnya gagal orang yang gagal kecuali dengan BURUKNYA ADAB

~ Ummi solehah bt Yusuff
A152678
🍂

Hayati hadis ini. Puasa adalah perisai.


عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ

قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الصِّيَامُ جُنَّةٌ. رواه مسلم


Dari Abu Hurairah radliallahu 'anhu, ia berkata; Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Puasa adalah perisai (yang akan melindungi seseorang dari api neraka)."HR Muslim (1943)

oleh:Ummi solehah bt yusuff
A152678

kata-kata dari Imam Syafie


 اذا تصدر الحديث فاته علم كثير


" Jika orang baru belajar cuba ke depan maka Dia Hilang banyak Ilmu" 


Ummi solehah bt yusuff

KEJAYAAN

نجاحك هو نجاح أمتك ونجاح بلدك

وفشلك فشل لأمتك وبلدك

فاحذر أن تكون سببا في فشل أمتك

Kejayaan anda adalah kejayaan ummah dan negara

Kegagalan anda adalah kegagalan ummah dan negara

Maka,berwaspadalah dari menjadikan diri anda penyebab kepada kegagalan ummah

oleh:Nusaibah Muhammad Saifuddin

Wednesday, June 8, 2016

Hadis Rasulullah tentang puasa

Memandangkan kita sebagai Ummat Islam sedang berada di ambang bulan Ramadhan,suka saya menyebutkan hadis Rasulullah tentang puasa...Rasulullah pernah bersabda:


من صام رمضان ايمانا واحتسابا غفر له ما تقدم من ذنبه

Barangsiapa yang berpuasa Ramadhan kerana iman dan penuh keikhlasan maka akan diampuni dosa-dosanya yang lalu.

Selamat menjalani ibadah bulan Ramadhan kepada semua muslimin muslimat,semoga Ramadhan kali ini membawa kita lebih dekat kepada Allah:-)



oleh:Nusaibah binti Muhammad Saifuddin

Kisah pelajar dengan gurunya:-)

السيارة(KERETA)

طلب المدرس من احد التلاميذ ان يرسم سيارة بها ركاب 

ولكن التلميذ لم يستطع أن يرسم سوى السيارة

فسأله المدرس:أين الركاب؟

أجاب التلميذ:نزلوا يا أستاذ


Seorang guru meminta salah seorang pelajar untuk melukis sebuah kereta bersama dengan penumpang,
Tetapi pelajar itu tidak mampu melainkan melukis kereta sahaja.
Lantas,gurunya bertanya:Mana penumpang itu?
Lalu,pelajar menjawab:Mereka semua sudah turun,cikgu

oleh:Nusaibah binti Muhammad Saifuddin

Tuesday, June 7, 2016

Doa meminta Allah ilhamkan petunjuk dan dijauhkan dari keburukan diri...

اللهم الهمني رشدي
واعذني من شر نفسي

Ya Allah,ilhamkanlah aku petunjuk 
Dan lindungilah aku dari kejahatan diriku

oleh:Nusaibah Muhammad Saifuddin

Monday, June 6, 2016

Syair yang membuatkan Imam Ahmad Menangis:-(


إذا ما قال لي ربي اما استحييت تعصيني

Apabila saat tuhanku berkata padaku:Tidakkah engkau malu melakukan maksiat kepadaKu?

وتخفي الذنبَ عن الخلقي وبالعصيان تأتيني
Engkau menyembunyikan dosa daripada makhlukku sedang dengan dosa engkau datang berjumpa denganKu?

فكيف أجيب  يا ويحي ومن ذا سوف يحميني 
Maka bagaimanalah aku boleh jawab dan siapalah boleh pertahankanku?

أسلي النفس بالأمال من حين الى حين
Aku sentiasa mendamaikan perasaanku dengan harapan dari detik ke detik

وأنسى ما وراء الموت ماذا بعد تكفيني
Sedang aku lupa apa yang berlaku selepas kematian apalah yang cukup untukku

كأني قد ضمنت العيش ليس الموت يأتيني 
Seolah-olahnya aku dapat menjamin akan terus hidup dan kematian tidak akan datang

وجاءت سكر الموت الشديدة من سيحميني
  Jika tibalah saat sakit kematian siapalah yang boleh menahan dariku?

نظرت الى الوجوه اليس منهم من سيفديني 
Aku hanya mampu melihat wajah-wajah didepanku adakah seseorang daripada mereka boleh menebusku?

سأسأل ما الذي قدمت في دنياي ينجيني
Aku bakal ditanya apalah yang telah aku persembahkan diduniaku dahulu yang boleh menyelamatkan daku?

فكيف إجابتي من بعد ما فرطت في ديني
Bagaimana jawapanku setelah mana aku mengabaikan urusan agamaku?

ويا ويحي الم اسمع كلام الله يدعوني 
Hai kesalnya apakah aku tidak pernah mendengar Kalam Allah yang menyeruku?

الم اسمع لما قد جاء في ق ويس
Apakah aku tidak pernah mendengar kandungan surah Qaf dan surah Yaasin?

الم أسمع بيوم الحشر يوم الجمع والديني 
Apakah aku tidak pernah mendengar tentang hari perhimpunan,perkumpulan dan pembalasan?

الم اسمع منادي الموت يدعوني يناديني
Tidakkah aku mendengar penyeru kematian yang mengajakku dan memanggilku?

فيا رباه عبد تائب من ذا سيؤويني 
Wahai tuhanku inilah seorang hamba yang kembali siapalah yangbsanggup menerimanya?

سوى رب غفور واسع للحق يهديني
Kecuali tuhan yang Maha Pengampun,Maha Kaya,Sentiasa memberi petunjuk kepadaku

اتيت اليك فارحمني وثقلّ في  موازيني 
Aku mendatangiMu maka kasihanilah daku dan beratkanlah neraca timbanganku

وخفف في جزائي انت ارجى من يجازيني
Ringankanlah pembalasanku kerana Engkaulah sahaja yang paling diharap kebaikannya apabila melakukan pembalasan.

oleh:Nusaibah binti Muhammad Saifuddin









Kata-kata Imam Syafie berkenaan dengan ilmu

العلم صيد والكتابة قيده
قيّد صيودك بالحبال الواثقة
فمن الحماقة أن تصيد غوالة
وتتركها بين اللائق طالقة

Ilmu adalah buruan dan tulisannya adalah pengikatnya,
Ikatlah buruanmu dengan tali yang kemas,
Termasuk dalam kebodohanlah jika kamu memburu rusa,
Dan kamu meninggalkannya terlepas begitu sahaja.

oleh:Nusaibah binti Muhammad Saifuddin

Sunday, June 5, 2016

Ungkapan untuk dihafal

⑴ 'alaa kulli haal,... = namun begitu,...
⑵ 'alaa maa yabduu,... = sepertinya,... tampaknya,... 
⑶ haqqon, fil haqiiqoh,... = sebenarnya,... kenyataannya,...
⑷ roghma... = meskipun
⑸ roghma dzaalik,... = walau demikian...
⑹ bi i’tibaari anna... = mengingat....
⑺ fii nazhoriy = menurut pendapat/pandangan saya....
⑻ bin nazhori ilaa... = sehubungan dengan...
⑼ tamasysyiyan ma'a... = bersesuaian, selaras, sejalan dg...
⑽ 'alaa matni... = sebatas...
⑾ bimunaasabati... = berkenaan...
⑿ wa halumma jarron = dan seterusnya
⒀ Khojuul = malu-malu kucing
⒁ mal mas-alah? = ada apa?
⒂ ma'zuul = dijauhkan, dicopot
⒃ anaaniyy = egois
⒄ laa manduuhata 'anh = tidak ada jalan lain
⒅ muruuruz zamaan = kadaluwarsa
⒆ bi khushuushi... = dalam hal...
⒇ bi khilaafi... = selain...


UMMI SOLEHAH YUSUFF
A152678

UNTUK YANG BERGELAR IBU (tama)

Ya Rabb...
Berilah rezeki  kepada ibuku lima perkara:
-Kesihatan
-Umur panjang
-Syurga
-Kenyamanan jiwa
-Keredhaan terhadapku <3


~  UMMI  SOLEHAH BT  YUSUFF
KATA-KATA MUTIARA
1. خَيْرُ الأُمُوْرِ أَوْسَاطُهَا
Sebaik-baik perkara itu adalah pertengahanya (yang sedang saja).
2. لِكُلِّ مَقَامٍ مَقَالٌ وَلِكُلِّ مَقَالٍ مَقَامٌ
Tiap-tiap tempat ada kata-katanya yang tepat, dan pada setiap kata ada tempatnya yang tepat.
3. إِذاَ لمَ ْ تَسْتَحْيِ فَاصْنَعْ مَا شِئْتَ
Apabila engkau tidak malu, maka berbuatlah sekehendakmu (apa yang engkau kehendaki).
4. لَيْسَ العَيْبُ لِمَنْ كَانَ فَقِيْرًا بَلِ العَيْبُ لِمَنْ كَانَ بَخِيْلاً
Bukanlah cela itu bagi orang yang miskin, tapi cela itu terletak pada orang yang kikir.
5. لَيْسَ اليَتِيْمُ الَّذِي قَدْ مَاتَ وَالِدُهُ بَلِ اليَتِيْمُ يَتِيْمُ العِلْمِ وَالأَدَبِ
Bukanlah anak yatim itu yang telah meninggal orang tuanya, tapi (sebenarnya) yatim itu adalah yatim ilmu dan budi pekerti.
6. لِكُلِّ عَمَلٍ ثَوَابٌ وَلِكُلِّ كَلاَمٍ جَوَابٌ
Setiap pekerjaan itu ada upahnya, dan setiap perkataan itu ada jawabannya.
7. وَعَامِلِ النَّاسَ بِمَا تُحِبُّ مِنْهُ دَائِماً
Dan pergaulilah manusia itu dengan apa-apa yang engkau sukai daripada mereka semuanya.
8. هَلَكَ امْرُؤٌ لَمْ يَعْرِفْ قَدْرَهُ
Hancurlah seseorang yang tidak tahu dirinya sendiri.
9. رَأْسُ الذُّنُوْبِ الكَذِبُ
Pokok dosa itu, adalah kebohongan.
10. مَنْ ظَلَمَ ظُلِمَ
Barang siapa menganiaya niscaya akan dianiaya.

UMMI SOLEHAH BT YUSUFF
A152678

kisah SERAM yang pendek

قال سأتوب غدا،نام ولم يستيقظ
Dia berkata akan bertaubat pada esok hari,
Lalu dia tidur,
Dan dia tidak bangun!!!

oleh:Nusaibah binti Muhammad Saifuddin

hadis nabi,berpesan untuk pelajari bahasa arab


oleh:Nusaibah Muhammad Saifuddin

Thursday, June 2, 2016

APA ITU CANTIK?

ليس الجمال بأثواب تزيننا،إن الجمال جمال العلم والأدب
Bukanlah kecantikan itu dengan pakaian yang menghiasi kita
Sesungguhnya kecantikan itu ialah kecantikan dengan ilmu dan kesopanan

oleh:Nusaibah binti Muhammad Saifuddin