Monday, June 27, 2016

APA ITU PUASA



Ditanyakan kepada seorang A'rabi:
Bagaimana kamu mampu berpuasa dalam kepanasan hari ini?
Dia menjawab:Aku berpuasa untuk hari yang lebih panas daripada itu(takutkan neraka yang kepanasannya tidak mampu dibayangkan).

OLEH:NUSAIBAH MUHAMMAD SAIFUDDIN

Saturday, June 25, 2016

SURAH AL QADR(SEMPENA MALAM LAILATUL QADR)

انّاَ أنزلنه في ليلة القدر
وما أدرك ما ليلة القدر
ليلة القدر خير من ألف شهر
تنزل الملائكة والروح فيها بإذن ربهم من كل أمر
سلام هي حتى مطلع الفجر

Sesungguhnya kami telah menurunkannya(al-Quran) pada malam kemuliaan,
Dan tahukah kamu apakah itu malam kemuliaan?
Malam kemuliaan itu lebih baik daripada 1000 bulan.
Pada malam itu,turun malaikat-malaikat dan Jibril dengan izin tuhannya untuk mengatur segala urusan..
Malam itu penuh dengan kesejahteraan sehinggalah terbit fajar.

oleh:Nusaibah Muhammad Saifuddin

Friday, June 24, 2016

MENGENAL MAKSUD SURAH AL FATIHAH



الحمد لله رب العالمين
الرحمن الرحيم
ملك يوم الدين
إياك نعبد واياك نستعين
 إهدنا الصرط المستقيم
صرط الذين أنعمت عليهم غير المغضوب عليهم ولا الضآلين
Segala puji bagi Allah tuhan seluruh alam
Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Hanya kepada Engkaulah kami sembah
Dan hanya kepada Engkaulah kami meminta pertolongan
Tunjukkanlah kami jalan yang lurus
Jalan yang Engkau bagi nikmat kepada mereka yang bukan Engkau murka dan bukan juga mereka yang sesat.

oleh:Nusaibah Muhammad Saifuddin

Thursday, June 23, 2016

ANDAINYA RASULULLAH ADA BERSAMA KAMI(لو كان بيننا)






يا ربّ قد غفلنا 
وكلنا طمع في عفو وفي كرم
وفي أعتاق وجنة مع سيد البشر 
ندعوك....ندعوك ربّ من الأعماق

Wahai tuhanku,kami telah lalai lupa
Namun setiap orang daripada kami tetap tamakkan
keampunanMu,sifat pemurahMu 
Dan kebebasan api nerakaMu
Dan juga syurga bersama penghulu segala manusia
Kami mohon...Kami mohon padaMu
Wahai tuhanku dari sudut yang paling dalam...

لو كان بيننا الحبيب
 لدنا القاصي والقريب 
من طيبة
 قبل المغيب طالبا قرب الحبيب
Andainya rasulullah masih berada bersama-sama kami
Akan terlunaslah segala hutang dan semakin hampirlah dengan haruman baginda 
sebelum hilangnya rasa yang meronta-ronta untuk berada hampir dengan kekasihMu.

بقربه النفس تطيب وتدعوا الله فيجيب
أنوار طه لا تغيب بلغنا لقاه يا مجيب
Berada berhampirannya,jiwa turut menjadi harum
Dan apa jua yang kalian doakan kepada Allah akan diperkenankan.
Cahaya Nabi Muhammad tidak akan pernah hilang.
Sempatkanlah kami bertemu dengan baginda Wahai tuhan yang Maha Memperkenankan doa..

هداك الكون الرحيب رحمة الهادي القريب
حديثك النهر العذيب جوارك الغصن الرطيب
Hidayahmu kepada alam semesta luas, tanda hampirnya kasih sayang tuhan Maha Pemberi Hidayah.Hadis-hadismu ibarat sungai mengalir jernih.Berada disisimu bagaikan dahan yang tumbuh segar dan basah.

فدتك روحي يا حبيب محمد مكرم الغريب
بقربك الروح تطيب
يا رحمة للعالمين
Ku tebus diriku dengan dirimu wahai kekasihku,Muhammad yang mulia lagi asing.
Berada berhampiran dengan jiwamu menjadi harum...
Wahai rahmat seluruh alam...


يا حبيب يا محمد 
يا طبيب يا ممجد 
أنت ذو الفضل المؤيد
جل من صلى عليك

Wahai kekasihku,wahai Muhammad 
Wahai pengubat hatiku wahai yang terpuji
Dirimu memiliki kelebihan yang diakui oleh tuhan
Yang turut berselawat ke atasmu.

OLEH:NUSAIBAH BINTI MUHAMMAD SAIFUDDIN

Tuesday, June 21, 2016

BUDI PEKERTI

الشرف بالأدب لا بالنسب
Kemuliaan itu kerana budi pekerti bukan kerana keturunan.

oleh:Nusaibah Muhammad Saifuddin

Monday, June 20, 2016

SAKIT ITU PENGHAPUS DOSA

فإن مرض المسلم يذهب الله به خطاياه كما تذهب 
النار خبث الذهب والفضة

Sesungguhnya sakitnya seorang muslim menyebabkan Allah menghilangkan kesalahan-kesalahannya sebagaimana api menghilangkan karatan emas dan perak.(riwayat Abu Daud)

oleh Nusaibah Muhammad Saifuddin